Swiss Franc Melonjak Selepas Tersenarai Dalam Pemantauan Matawang Oleh A.S

0 253

Dagangan Swiss franc melonjak menghampiri paras tertinggi tiga tahun berbanding dolar euro selepas Amerika Syarikat menambah Switzerland ke dalam senarai pemantauan pemanipulasi matawangnya.

Berdasarkan laporan semi tahunan oleh Jabatan Perbendaharaan A.S yang memberitahu bahawa penyenaraian tersebut dilakukan ekoran kebimbangan mengenai amalan matawang dan menuduh pihak berkuasa sengaja meningkatkan pembelian tukaran asing sejak pertengahan 2019.

Swiss National Bank (SNB) telah membeli sejumlah besar matawang asing sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengurangkan permintaan swiss franc, di mana status keselamatannya menarik minat pelabur ketika berlaku ketidakpastian.

Susulan daripada penyenaraian tersebut, Kementerian Kewangan Switzerland telah menolak tuduhan A.S dengan menyatakan langkah yang diambil itu bukan untuk mendapatkan keuntungan kompetitif.

SNB menafikan campur tangannya untuk melemahkan matawang itu bertujuan untuk memberikan kelebihan dagangan kepada Switzerland, sambil menyebut mengenai kesan negatif terhadap inflasi dan ekonomi yang bergantung kepada eksportnya disebabkan nilai franc yang terlalu tinggi.

Perbendaharaan A.S juga menggesa pihak berkuasa Switzerland supaya menerbitkan semua data yang melibatkan campurtangannya dengan lebih kerap.

Selain daripada campurtangan secara langsung dalam penetapan matawangnya, bank pusat juga menetapkan kadar faedah sebagai paling rendah di dunia untuk menghalang pembelian terhadap Swiss franc.

Antara negara lain yang turut disenaraikan di bawah pemantauan Perbendaharaan A.S adalah China, Jepun, Korea Selatan, Jerman, Itali, Ireland, Singapura, Malaysia dan Vietnam.

Anda mungkin juga berminat