Switzerland: Jordan Dalam Dilema Untuk Turunkan Kadar Faedah

101

Dalam majlis yang berasingan Gabenor Bank Pusat Switzerland, Jordan berucap di Universiti Basel yang bertajuk “Negative rates and Monetary Policy” (Kadar Faedah Negatif dan Monetary Polisi). Beliau mengatakan kadar faedah negatif adalah perlu bagi keadaan semasa ekonomi di Switzerland. Tambahan pula Switzerland adalah negara kecil dan mengamalkan ekonomi terbuka.

Tanpa kadar faedah negatif, Swiss franc (CHF) akan meningkat nilainya dengan lebih banyak, pengangguran akan meningkat dan pertumbuhan ekonomi akan menyusut.
Switzerland swiss franc (CHF) menjadi pilihan pelabur di saat ketidaktentuan ekonomi dunia kerana status safe haven yang disebabkan keadaan politik yang neutral dan sistem bank yang baik.

Disebabkan ketaktentuan global pada masa ini, kadar faedah negatif adalah perlu bagi devaluate (menurunkan) nilai franc untuk melindungi eksport nya.

Rajah di bawah menunjukkan nilai eksport Switzerland yang sentiasa mengatasi import. Ia menunjukkan trade surplus dan jarang sekali jatuh kepada trade defisit.

chf-3

 

Harga yang tinggi akan menyebabkan eksport jatuh dan pengangguran meningkat. Ini adalah satu cabaran besar kepada Switzerland yang disebabkan status safe haven ini menyebabkan pelabur menyimpan duit di Switzerland dan berlaku peningkatan nilai Swiss franc (CHF).

Pun begitu, Kadar faedah yang rendah ini juga boleh memberikan kesan buruk kepada kestabilan kewangan dan mengurangkan keberkesanan polisi monetari.

Memetik kata beliau semalam,“Nonetheless, the challenges and side-effects show clearly that we must aim for a normalization of monetary policy over time,” he added, stressing that only structural reforms in big economies could pave the way for this.

Dalam konteks ini, Jordan mahu dalam masa yang sama, pembaharuan kepada struktur polisi bagi mengembalikan semula keadaan di mana keseimbangan kadar faedah yang positif (menaik).

Rajah di bawah menunjukkan kadar faedah negatif Switzerland pada kadar -0.75%

chf-2

Setelah ucapan beliau semalam, tidak ada klu untuk melihat perubahan kepada kadar faedah atau polisi semasa dalam masa terdekat ini.

Pihak Swiss National Bank (SNB) dilihat lebih menitikberatkan kesan kepada kadar faedah negatif yang terlalu rendah. Mereka juga akan menghadapi halangan besar kepada penurunan kadar jika franc meningkat nilainya disebabkan perubahan polisi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat