Syarikat Elektrik Sabah Rugi RM16 Juta Sebab Aktiviti Mining Kripto!

283

Anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dilaporkan mencatat sejumlah kerugian Rm16 juta dalam tempoh 11 bulan ini susulan aktiviti perlombongan (mining) mata wang kripto seperti Bitcoin (BTC) menggunakan sambungan elektrik haram di Sabah.

Rentetan itu, SESB bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menyerbu 54 premis yang melakukan penyambungan elektrik haram tersebut dan menahan salah satu pesalah di Tuaran, ulas Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Yaakob Jaafar.

Tambahnya lagi, beliau berharap pelbagai pihak dapat melaporkan kepadanya terus jika terdapat sebarang aktiviti sebegini yang dapat mengakibatkan syarikat atau pengguna mengalami gangguan bekalan susulan beban arus berlebihan serta sambungan yang tidak sah.

Beliau turut mengecap bahawa SESB akan mewujudkan 11 pasukan penguatkuasa bagi membendung aktiviti mining BTC melalui penyambungan elektrik haram itu yang telah beroperasi sejak tahun 2018 daripada berlaku lagi.

Pengumuman tersebut dikatakan telah dibuat pada hari Rabu selepas Mohd Yaakob selesaikan majlis penyerahan peralatan sokongan operasi SESB kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), ibu pejabat polis kontinjen Sabah.

Diperjelaskan bahawa tindakan berikut dilaksanakan ekoran aktiviti mining BTC secara haram telah mengakibatkan Sabah rugi sebanyak 7% bersamaan RM140 juta setahun.

Dalam pada tu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Datuk Seri Abdul Jalil Hassan turut menyetujui kerjasama antara PDRM dan SESB yang berkemungkinan besar dapat membanteras aktiviti seperti kecurian elektrik atau mining kripto di Sabah.

Malah, beliau juga memaklumkan bahawa SESB telah menyediakan peralatan sokongan kepada anggota polis bernilai RM120,000 agar dapat digunakan semasa operasi pembasmian aktiviti mining kripto di sabah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat