Syarikat Gergasi Pembayaran Stripe Bakal Membuat ‘Comeback’ Dalam Industri Kripto!

485

Tiga tahun selepas menamatkan perkhidmatan pembayaran Bitcoin, syarikat gergasi perisian dan pembayaran, Stripe akhirnya mengumumkan bahawa pihak mereka akhirnya memutuskan bakal  untuk membuat ‘comeback’ dalam pasaran kripto.

Dalam festival fintech di Abu Dhabi, John Collison yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Stripe menyatakan bahawa beliau bersama syarikatnya berkemungkinan akan memperkasakan kembali perkhidmatan pembayarab aset kripto. Walaupun beliau gagal memberi jawapan yang muktamad, Collison berkata firma itu tidak menolak kemungkinan sedemikian.

Setakat ini, Stripe belum lagi membenarkan pemabayaran kripto. Atas dasar itu, Collision menyatakan, ‘hal itu tidak mustahil untuk mereka mengulanginya seperti yang dilakukan sebelum ini.

Stripe, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di San Francisco, AS, dan Dublin, Ireland telah memutuskan untuk menghentikan penyokongan perkhidmatan pembayaran bitcoin pada 2018. Pada masa itu, syarikat tersebut menyatakan bahawa BTC adalah terlalu volatile.

Namun kini, Bitcoin telah menunjukkan perkembangan yang drastik sehingga mendorong permintaan yang banyak untuk kelas aset ini. Menurut beliau, kripto telah memberi makna berbeza untuk pelbagai orang. Walauabagaimanapun, beliau menyatakan tidak mahu terlibat dalam aspek pelabur spekulatif namun berminat untuk menjadik aset kripto sebagai medium pembayaran.

Ditubuhkan pada 2009, Stripe telah mencatat hasil lebih $7 bilion (sehingga 2020), dan jumlah nilai syarikat hampir $100 bilion. Sehingga kini, ia masih merupakan syarikat milik persendirian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat