Syarikat Gergasi Sekuriti Berlumba-Lumba Tubuhkan Platform Pertukaran Aset Maya

167

Beberapa syarikat sekuriti besar di Korea Selatan merancang memfailkan lesen awal untuk mewujudkan pertukaran aset maya menjelang 2023, misalnya syarikat Mirae Asset Securities, NH Investment & Securities, KB Securities dan Shinhan Financial Investment.

Syarikat gergasi sekuriti sedang merencanakan kelengkapan kebenaran awal dan modus operandi penubuhan korporat. Justeru, syarikat akan menyasarkan pelancaran pertukaran aset maya semasa berlakunya pendesakan kerajaan untuk penjelasan peraturan tersebut.

Malah, NH, KB dan Shinhan Investment telah mula memohon lesen awal dengan pengawal selia kewangan. Selanjutnya, perbincangan tentang penubuhan pertukaran aset maya telah diadakan oleh seorang pegawai dari firma sekuriti.

Selain itu, Mirae Asset Securities merancang penubuhan perniagaan aset maya pada peringkat kumpulan serta menjadi anak syarikat di bawah Mirae Asset Consulting.

Bukan itu sahaja, syarikat tersebut akan mengupah pakar dalam aset maya, termasuklah aset digital Bitcoin, Ethereum dan non-fungible token (NFT).

Suka diingatkan, penambahbaikan landskap pengawalseliaan mata wang kripto Korea Selatan berlaku selepas krisis Terra dan undang-undang yang mengelilingi pasaran kripto.

Tambahan daripada itu, Presiden Yoon Suk-yeol yang mesra kripto telah membuatkan pasaran kripto Korea Selatan berkembang pesat.

Buktinya, kerajaan Yun Seok-yeol meringankan beban kawal selia dengan menangguhkan cukai kripto serta mempromosikan syarikat kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat