Syarikat Gergasi Uber, PayPal, Visa Menyokong Projek Matawang Digital Facebook- GlobalCoin!

873

Saham Facebook berada dalam posisi positif sejak awal pembukaan dagangan pada hari Jumaat berikutan terdapat laporan sejumlah syarikat gergasi yang bersedia untuk menyokong projek matawang digital Facebook.

Laporan berita Dow Jones Newswires melaporkan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Uber,Paypal dan juga syarikat kad kredit seperti Visa dan Mastercard dilaporkan menyokong projek matawang digital Facebook.Syarikat-syarikat tersebut bersetuju untuk melabur sebanyak $10 juta dolar dalam projek matawang digital Facebook. Matawang digital Facebook atau GlobalCoin akan disandarkan pada ‘currency basket‘ sebagaimana menurut Laura McCracken (Head of Financial Services and Payment Parntnerships Facebook untuk Eropah Utara).

Currency peg/basket biasanya digunakan untuk perdagangan di bursa bagi pasaran hadapan. Istilah itu merujuk sejenis indeks yang terdiri daripada beberapa matawang negara. Hal ini bagi mengelakkan volatility.

GlobalCoin dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan iaitu 2020. Jika ia berjaya direalisasikan, pengguna dapat menukarkan wang mereka kepada matawang digital Facebook dan boleh digunakan sebagai medium transaksi.

Saham Facebook meningkat 2.12% lebih tinggi pada awal pembukaan dagangan hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat