Syarikat Grayscale Bakal Tawarkan 25 Produk Pelaburan Kripto Sepanjang 2022

521

Firma Grayscale Investments akan memperbanyakkan pilihan kripto untuk para pelaburnya pada tahun ini.

Sebagai rekod, firma ini telah menyenaraikan Amp (AMP) ke dalam Dana DeFi, dan mempertimbangkan Bancor (BNT) dan Universal Market Access (UMA).

25 aset yang baru sahaja ditambah ke dalam aset pelaburan kripto Grayscale:

  • Algorand (ALGO)
  • Arweave (AR)
  • Axie Infinity (AXS)
  • BNT
  • BitTorrent (BTT)
  • BORA (BORA)
  • Convex (CVX)
  • Cosmos (ATOM)
  • Decred (DCR)
  • Elrond (EGLD)
  • Enjin (ENJ)
  • Fantom (FTM)
  • Gala (GALA)
  • Gelato (GEL)
  • Helium (HNT)
  • Holo (HOT)
  • IOTA (IOTA)
  • Oasis Network (ROSE)
  • Secret (SCRT)
  • Spell (SPELL)
  • Stacks (STX)
  • The Sandbox (SAND)
  • Universal Market Access (UMA)
  • VeChain (VET)
  • Yield Guild Fames (YGG)

Ini menjadikan jumlah keseluruhan aset pelaburan kripto yang sedang dipertimbangkan Grayscale adalah sebanyak 43 pilihan baharu.

Bagaimanapun, pengesahan penyenaraian ini akan mengambil masa memandangkan banyak perkara perlu diperhalusi melalui semakan, dan ia bergantung kepada kawalan dalaman, pengaturan perlindungan, dan pertimbangan kawal selia.

Sebelum ini Grayscale telah menambah Solana (SOL) dan Uniswap (UNI) ke dalam Dana Pasaran Besar Digital.

Ketika itulah firma ini ada memberi isyarat akan menfokuskan produk pelaburan berkaitan protokol lapisan-1, permainan, dan metaverse.

Difahamkan Grayscale juga dijangka melancarkan dana dagangan bursa (ETF) Grayscale Future of Finance – produk pelaburan yang bersandarkan kepada saham syarikat berkaian ekonomi digital.

Siap sedia dengan bullet anda, to the moon! – penulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat