Syarikat Jack Dorsey Catat Untung 29% Tapi Kerugian Bitcoin (BTC) 34%

274

‘Prestasi agak baik tapi perniagaan digital sedikit kurang.’

Laporan pendapatan suku tahunan syarikat milik Jack Dorsey, Block Inc mencatat keuntungan 29% pada $1.47 bilion tahun ke tahun namun perniagaan kripto berasaskan Bitcoin (BTC) merosot.

Syarikat milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter itu menyaksikan perniagaan BTC-nya merosot teruk ekoran permintaan yang terjejas dan kejatuhan nilai ibu kepada segala kripto tersebut.

Diperincikan perniagaan kripto, Block mencatat pendapatan yang susut 34% pada $1.79 bilion sementara keuntungan kasar pula pada $41 juta, menandakan perkhidmatan berdasarkan BTC adalah satu urus niaga berkos tinggi.

Menerusi kenyataan rasmi Block Inc, kejatuhan pendapatan BTC boleh dikaitkan dengan ‘ketidakpastian’ dalam pasaran aset kripto.

Sungguhpun begitu, kemerosotan perniagaan kripto tersebut tidak mencerminkan prestasi keseluruhan Block apabila syarikat berjaya mencatat keputusan yang melewati unjuran Wall Street.

Dalam laporan yang dikeluarkan Block, jumlah hasil turun 6% pada $4.4 bilion pada 2Q iaitu lebih sedikit sebanyak $4.3 bilion dan, tidak termasuk hasil BTC, hasil bersih keseluruhan canak 34% untuk cecah $2.62 bilion tahun ke tahun.

Keuntungan kasar pula meningkat 29% pada $1.47 bilion termasuk $755 juta daripada perkhidmatan Square dan $705 juta daripada Cash App.

Berbalik kepada perniagaan kripto Block, syarikat difahamkan mengiktiraf kerugian sebanyak $36 juta pada pegangan BTC namun ia menyatakan bahawa kerugian tersebut sekadar di atas kertas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat