Syarikat Kereta Elektrik TESLA Capai Sasaran, Saham Melonjak ke $359 Seunit

538

Harga saham Tesla melonjak sehingga 6% dalam awal dagangan hari Isnin kerana berjaya mencapai sasaran pengeluaran 5,000 kereta sedan Model 3 dalam tempoh seminggu sebelum sejam tempoh seminggu itu tamat.

Sasaran itu dicapai pada pukul 5 pagi waktu tempatan walaupun ramai pemerhati pasaran yang skeptikal dengan kemampuan kilang pengeluaran Tesla.

“7,000 cars, 7 days,” kata Elon Musk ketua pegawai eksekutif pembuat kereta elektrik Tesla di Twitter peribadinya.

Tesla sebelum ini berhadapan masalah untuk mengeluarkan 5,000 buah kereta seminggu sejak awal tahun ini. Laporan juga mengatakan pekerja terpaksa bekerja 12 jam sehari untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

Penganalisis di Goldman Sachs, David Tamberrino memberi amaran kepada Tesla pada Jun bahawa mereka berkemungkinan gagal mencapai sasaran untuk Model 3. Dalam tinjauan yang dijalankan oleh Bloomberg, harga saham Tesla dijangka hanya akan berada di sekitar $314 di mana kini berada pada harga melebihi ramalan iaitu $359.84 setakat ini.

Pasaran saham yang dibuka hari ini menyangkal kritikan terhadap Tesla dan juga amaran terhadap pelabur yang menjangka kejatuhan sahamnya.

“We did it!!” kata Musk di dalam emel yang dihantar kepada pekerja-pekerja Tesla pada Ahad. “What an incredible job by an amazing team. Couldn’t be more proud to work with you. It is an honor.”

Kenaikan saham Tesla dalam pembukaan Nasdaq 2 Julai 2018. Sumber : Investing.com

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat