Syarikat Mining Bitcoin Terbesar Ini Bankrap Dalam Sekelip Mata!

1,019

Kalau syarikat mining BTC ni muflis, harga BTC boleh maintain lagi ke?”

Syarikat pengurusan perkhidmatan IT dan pelombong (mining) mata wang kripto dagangan awam terbesar di dunia, Core Scientific yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah memfailkan kebankrapan Bab 11 di Texas pada pagi Rabu ini.

Core Scientific turut tidak dapat melarikan diri daripada menjadi mangsa muflis berikutan kemusnahan pasaran kripto yang menjadi penyebab harga tenaga melambung tinggi dan berlakunya masalah tunai.

Hal ini berikutan kerana syarikat tersebut memerlukan jentera dan perkakasan mewah termasuk tenaga elektrik untuk meneruskan proses mining beberapa aset digital proof-of-work (PoW) seperti Bitcoin (BTC).

Walaupun Core Scientific mempunyai aliran tunai yang positif, syarikatnya masih tidak dapat membayar hutang kewangan bagi peralatan yang digunakan mereka.

Namun dimaklumkan bahawa Core Scientific akan tetap meneruskan operasinya bersama pemegang majoriti hutang syarikat sunggupun berada dalam situasi bankrap.

Mengecap daripada Core Scientific pada awal Oktober, pemegang saham yang melabur dalam syarikatnya berkemungkinan mengalami sejumlah kerugian besar dalam tempoh terdekat ini manakala pemegang ekuiti pula sebaliknya.

Secara konteks, syarikat tersebut merupakan penyedia terbesar infrastruktur blockchain yang telah beroperasi di pelbagai lokasi seperti North Dakota, North Carolina, Georgia dan Kentucky.

Umum mengetahui juga bahawa sepanjang tahun lepas, harga saham Core Scientifik telah menjunam sebanyak 99% dengan kehilangan $4 bilion pada nilainya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat