Syarikat PayPal Umum Lebarkan Sayap Dagangan Kripto Di UK!

694

Syarikat gergasi pembayaran, PayPal mengumumkan di Twitter bahawa semua pelanggan mereka yang di UK kini dapat melakukan pembelian, penjualan dan penyimpanan kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan Bitcoin melalui akaun PayPal mereka.

Pengumuman ini merupakan pengumuman susulan yang dibuat pada 23 Ogos, yang mendedahkan bahawa organisasi tersebut akan memperluas perkhidmatan kripto ke UK PayPal dengan melancarkan perkhidmatan perdagangan di UK. Dalam masa yang sama platform PayPal telah membuang sekatan perdagangan kripto dalam aplikasinya.

Pada bulan Ogos, PayPal mengumumkan bahawa pengguna UK akan dapat memeriksa harga aset kripto secara langsung melalui aplikasi mereka. Selanjutnya, Jose Fernandez da Ponte, Wakil Presiden dan Pengurus Besar, Blockchain, Crypto, dan Digital Currency di PayPal menegaskan bahawa syarikat PayPal akan bekerjasama dengan pengawal selia untuk memastikan pematuhan sepenuhnya.

Jose Fernandez menyatakan bahawa PayPal mempunyai kepakaran dalam pembayaran digital, perniagaan dan pengetahuan terhadap pengguna. Ditambah pula dengan keselamatan dan pematuhan yang ketat akan menghadirkan peluang yang unik sekaligus dapat membantu rakyat di UK menerokan kripto dengan lebih meluas. Kami berkomitmen untuk terus bekerja sama dengan pengawal selia di UK, dan di seluruh dunia

Ini adalah kali pertama PayPal memperkenalkan produk yang dienkripsi di luar Amerika Syarikat. PayPal telah memulakan perkhidmatan perdagangan kripto pada bulan Oktober tahun lalu untuk pelanggan A.S.

Pada awal April lepas, bursa kripto Coinbase mengumumkan penambahan pilihan pembayaran PayPal untuk pelanggan AS.Hal ini telah membolehkan berjuta-juta pengguna yang berpangkalan di AS untuk menambahkan kad debit dan kad kredit Paypal mereka ke akaun Coinbase.

Pengumuman ini merupakan suatu sentimen positif untuk komuniti kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat