Syarikat Penerbangan Amerika Syarikat Catat Kerugian $10 Bilion Sebulan

244

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (A.S) secara keseluruhannya telah mengalami kerugian sebanyak lebih daripada $10 bilion tunai setiap bulan.

Walaupun 3,000 kapal terbang telah beroperasi, jumlah penumpang bagi bagi keempat-empat syarikat penerbangan terbesar A.S adalah sebanyak 17 penumpang bagi penerbangan domestik dan 29 penumpang bagi penerbangan antarabangsa.

Jumlah tempahan penerbangan juga telah menurun hampir 100% tahun ke tahun. Jika syarikat penerbangan bertindak dengan menawarkan ganti rugi terhadap kesemua jenis tiket tempahan penerbangan, mereka akan muflis dengan baki tunai negatif.

Syarikat penerbangan A.S telah membatalkan ratusan penerbangan termasuk 80% penerbangan yang dijadualkan pada bulan Jun memandangkan kadar penumpang menurun pada 95% sejak Mac lalu.

Buat masa sekarang, pihak penerbangan sedang melakukan kerja pembersihan secara optimum dan mewajibkan penumpang untuk memakai topeng muka.

Perbendaharaan A.S telah menyumbang $25 bilion tunai kepada syarikat penerbangan sebagai bantuan untuk mereka membayar kos gaji memandangkan mereka bersetuju untuk tidak memberhentikan pekerja sehingga 30 September.

Namun, beberapa syarikat penerbangan utama telah menjelaskan bahawa mereka terpaksa membuat penambahan potongan pada akhir tahun ini untuk menampung penurunan kadar permintaan penerbangan yang panjang.

United Airlines Co pada Isnin lalu telah mengumumkan perancangan untuk memberhentikan 30% pekerjanya pada 1 Oktober nanti. Manakala Boeing Co akan mengurangkan 16,000 pekerjaan pada akhir tahun ini dan GE Aviation merancang untuk mengurangkan 13,000 pekerjaan. Spirit AeuroSystem, pembekal kapal terbang juga akan memotong sebanyak 1,450 pekerjaan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat