Syarikat Permainan ‘Netmarble’ Korea Selatan Lancarkan Kriptonya!

479

Padu! Korea Selatan memang tak mengecewakan.

Netmarble, sebuah syarikat permainan dari Korea Selatan, mengumumkan strateginya mengenai mata wang kripto dan play-to-earn (P2E) serta rancangan untuk mengeluarkan mata wang kriptonya sendiri.

Ketua pegawai eksekutif Netmarble, Kwon Young-Sik menyatakan bahawa syarikatnya sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan dan menyenaraikan token kripto yang akan digunakan sebagai mata wang utama dalam permainan keluaran Netmarble.

Ringkasnya, Netmarble mempunyai permodalan pasaran sebanyak US$10 bilion dan ia merupakan antara syarikat permainan video dari Korea Selatan yang semakin meningkat dalam dunia permainan bloackchain dan metaverse.

Sementara itu, Kwon menambah, Netmarble menyasarkan untuk menyenaraikan semula ITAM CUBE, mata wang kripto bagi permainan blockchain ITAM Games yang diperolehi Netmarble pada awal tahun selepas ia telah dinyahsenarai daripada bursa Upbit awal tahun lepas.

Selain itu, syarikat permainan tersebut turut menyasarkan untuk melancarkan permainan P2E bertajuk, Everybody’s Marble: Metaworld pada tahun ni ke pasaran global ekoran halangan dan peraturan negara Korea Selatan yang penyekat pengeluaran permainan P2E.

Dalam pada itu, Netmarble pernah bekerjasama dengan Marvel Entertaiment dengan mengeluarkan permainan berkonsepkan superhero Marvel iaitu Marvel Future Fight.

Akhir kata dari saya dan Team Intraday.my, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat