Syarikat Pinjaman Kripto Voyager Digital Dapat Kelulusan Kembalikan $270 Juta Kepada Pelanggan

374

Kelulusan Voyager Digital Untuk Pemulangan $270 Juta Kepada Pelanggan

Voyager Digital Holdings Inc merupakan syarikat pinjaman kripto yang menawarkan kadar faedah tinggi serta akses mudah untuk pinjaman kepada syarikat yang sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank konvensional. Syarikat ini antara salah satu yang berdepan dengan siuasi bankrap kesan kemerosotan pasaran kripto.

U.S. Bankruptcy Court di New York telah memberi kelulusan kepada syarikat tersebut untuk memulangkan $270 juta dalam bentuk tunai kepada pelanggan.

Hakim Michael Wiles yang menyelia kebankrapan Voyager telah memutuskan bahawa syarikat tersebut menyediakan asas yang mencukupi untuk membenarkan pelanggan mengakses akaun jagaan di Metropolitan Commercial Bank.

Dalam pemfailan kebankrapan Bab 11 yang pernah ditulis sebelum ini, Voyager menganggarkan mereka mempunyai lebih daripada 100,000 pemiutang yang rata-rata bernilai antara $1 bilion dan $10 bilion dalam aset dan liabiliti.

Selain itu, syarikat tersebut telah mengarahkan Federal Reserve (Fed) serta Federal Deposit Insurance Corp (FDIC) untuk berhenti daripada membuat sebarang kenyataan palsu yang mengatakan dana pelanggan dilindungi oleh kerajaan.

Tambahan pula, pengawal selia juga mengatakan Voyager Digital telah membuat akaun deposit di Metropolitan Commercial Bank, dan pelanggan yang melalui platform tersebut tidak mempunyai perlindungan Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat