Syarikat UEM Group Bakal Membuang Lebih 200 Pekerja!

1,038

UEM Group Bhd yang merupakan syarikat yang dimiliki oleh Khazanah Nasional dilaporkan akan membuang kira-kira 220 pekerja bagi mengurangkan kos operasi dan menstrukturkan kembali operasi syarikat tersebut.

Berdasarkan maklumat dalaman, syarikat tersebut merancang untuk menawarkan pakej mutual separation scheme (MSS) kepada pekerja pada bulan November 2019. Syarikat yang dimiliki Khazanah National tersebut berhasrat untuk mengekalkan bilangan pekerja kepada sekitar 80 orang sahaja.

Berdasarkan maklumat yang dinukil oleh The Malaysian Reserve (TMR) , dalam jangka waktu ini, pengurusan atasan sudah mula memberikan informasi kepada pekerja yang terlibat agar mereka dapat mencari pekerjaan baru . Walaubagaimanpun, Yayasan UEM tidak akan terkesan.

Kumpulan UEM merupakan syarikat negara yang memiliki pegangan saham terbesar dalam PLUS iaitu sebanyak 51%. Selain itu, UEM juga memiliki perniagaan dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, perbandaran dan pembangunan hartanah, lebuhraya dan aset pengurusan kemudahan Malaysia. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bloomberg syarikat Kumpulan UEM memiliki 15,500 pekerja dalam keseluruhan segmen.

Namun yang menjadi persoalan pada ketika ini adakah gabungan Axiata dengan Digi akan menatijahkan kepada hasil yang sama iaitu pengurangan pekerja?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat