Syarikat Vans Nak Beli Supreme Pada Harga $2.1 Bilion!

671

Menerusi satu laporan pada Isnin, VF Corp pengeluar kasut berjenama Vans berhasrat untuk membeli syarikat pakaian terkenal Supreme pada harga $2.1 bilion!

VF Corp juga ‘memayungi’ jenama The North Face dan Timberland turut menawarkan lagi $300 juta dalam pembelian firma tersebut, bergantung kepada pencapaian tertentu selepas perjanjian dilakukan.

Susulan daripada berita itu, saham VF Corp melonjak sekitar 13% kepada $78.94 ketika sesi dagangan tengahari semalam.

Jenama itu terkenal kerana produknya yang dihasilkan secara terhad, bermula dari hoodies sehinggalah burner phones. Maka, tidak hairanlah produk Supreme dijual pada harga yang agak mahal berbanding jenama lain seperti Vans dan Nike.

Berdasarkan rekod, perniagaan Supreme Eropah telah menjana keuntungan mencecah 110 juta Pound ($130 juta), walaupun hanya dengan melalui dua buah kedai dan keuntungan daripada modal namun keuntungan dijana melalui faedah perbelanjaan daripada jenama streetwear lain seperti Vans, Abercrombie & Fitch malah jenama mewah juga seperti Gucci.

Supreme juga berkolaborasi dengan barisan berjenama lain termasuk Louis Vuitton, Nike, Levi dan Vans, menyebabkan firma itu berjaya meraih keuntungan 60% menerusi perniagaan dalam talian.

VF Corp berharap perniagaannya dengan Supreme akan membantu dalam meningkatkan bisnes e-dagang yang menjadi keutamaan pengeluar pakaian dan kasut kerana pandemik COVID-19.

Perjanjian itu dijangka akan selesai pada akhir 2020, dengan jangkaan akan menyumbang keuntungan sekurang-kurangnya $500 juta dan pendapatan 20 sen bagi sesaham pada fiskal 2022.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Supreme? Tonton vlog Intraday di sini.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat