Syarikat Warren Buffett Catat Kerugian $53 Bilion Pada Suku Kedua

330

‘Nampaknya, Boss muncul untuk redakan panik dan sedapkan hati pelabur.’

Laporan korporat syarikat Warren Buffett, Berkshire Hathaway bagi suku ke-2 (Q2) 2022 dilihat agak baik di sebalik pertumbuhan yang perlahan, namun ini tidak menandakan bahawa syarikat tersebut terlepas daripada kegawatan pasaran keseluruhan.

Syarikat konglomerat tersebut mencatat $9.283 bilion dalam pendapatan operasinya, merangkumi keuntungan daripada pelbagai perniagaan termasuk insurans, landasan kereta api dan utiliti.

Keputusan Q2 tersebut secara tidak langsung menandakan satu peningkatan sebanyak 38.8% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sungguhpun begitu, pelaburan bagi suku tersebut mencatat kerugian yang agak besar pada $53 bilion.

Dalam satu kenyataan rasmi syarikat, Buffett dilihat cuba meredakan kebimbangan pelabur dengan mengatakan perkara tersebut tidak mencerminkan situasi keseluruhan.

Ulasnya, turun naik pelaburan dalam mana-mana suku tertentu tidak memberi makna dan pendapatan bersih sesaham boleh mengelirukan pelabur yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan tentang perakaunan.

Perincian laporan tersebut, Berkshire telah membelanjakan hampir $1 bilion dalam pembelian semula saham pada Q2 yang menjadikan jumlah 6 bulan kepada $4.2 bilion.

Namun, melihat kepada sejarah syarikat ia merupakan kadar pembelian semula yang perlahan berbanding Q1 di mana Berkshire membeli semula $3.2 bilion sahamnya sendiri.

Umumnya pasaran kini memasuki fasa bearish selepas Federal Reserve (Fed) bertindak melaksanakan kenaikan kadar yang agresif dalam mengawal tekanan inflasi.

Beberapa indeks utama dilihat mencatat kerugian lebih 16% pada asas bersuku sementara indeks pasaran meluas susut 20.6% pada separuh pertama 2022 iaitu prestasi terendah sejak 1970.

Rentetan itu, saham kelas A Berkshire juga tidak lali daripada situasi tersebut apabila ia mencatat kejatuhan lebih 22% pada Q2 dan semakin menjauhi paras tertinggi sepanjang masanya pada 28 Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat