Synthetix (SNX) Sebuah Pasaran Kewangan Mantap!

151

Synthetix, protokol desentralisasi kewangan (DeFi) yang memberikan pendedahan on-chain kepada pelbagai aset kripto dan bukan kripto yang berasaskan blockchain Ethereum.

Dilancarkan pada September 2017 oleh Kain Warwick dibawah nama Havven (HAV).

Platform ini bertujuan untuk meluaskan ruang matawang kripto dengan memperkenalkan aset bukan blockchain, menyediakan akses kepada pasaran kewangan yang lebih mantap.

Seterusnya, melihat carta pergerakan semasa harga SNX/USDT.

Sejak pembukaan pasaran pada Januari 2021, rangkaian SNX menunjukkan rekod yang konsisten selama dua bulan dengan menghasilkan lebih 500% sehingga membuat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $28.77 pada 14 Februari 2021.

Susulan daripada itu, rentak yang konsisten sehingga bulan Mei masih dapat dilihat, namun setelah bermulanya “Market crash”, SNX gagal untuk meneruskan kenaikan sehingga membuat penyusutan ke zon SBR (support become resistance) sekitar $11 yang seiring dengan kejatuhan Bitcoin (BTC).

Bagi pandangan sudut teknikal, SNX masih mengekalkan pergerakan harga yang lemah sehingga jatuh ke paras support sekitar $6.9 yang menjadi pemerhatian para pelabur.

Sekiranya pergerakan harga SNX berjaya melepasi ruangan support, zon SBR (support become resistance) sekitar $11 bakal diuji semula sebelum jangkaan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Namun, jika pergerakan harga masih tidak mampu untuk melepasi ruangan support dan memberi isyarat trend bearish, pergerakan harga dijangka bakal meneruskan penurunan sehingga menguji paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, SNX/USDT didagangkan pada $6.70. Koin kini berada di kedudukan ke-74 pada carta kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto SNX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat