Syntropy (NOIA) Meroket 75% Dengan Kerjasama SpaceX!

727

Ada satu token kripto dikenali Syntropy (NOIA) tampil garang dengan lonjakan nilai sehingga 365% sejak 9 Februari. Rekod terbaharu menunjukkan NOIA telah melonjak sehingga 75% pada 20 April, membawa harganya dariapada $0.50 kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.90.

NOIA, projek yang menfokuskan kepada transformasi internet awam kepada utiliti yang lebih selamat dengan platform bercirikan built-in encryption, dan beberapa peningkatan prestasi yang lain.

Rupanya token itu tampil lebih bernilai susulan daripada pengumuman kerjasama antara Syntropy dengan SpaceX. Ia dimuat sendiri oleh firma kripto itu semalam di akaun rasmi Twitter:

“Pada minggu hadapan kami akan menguji node DARP di @SpaceX Starlink. Rangkaian ini boleh digunakan hampir kesemua peranti atau infrastruktur untuk mencari jalan pantas bagi trafik internet menggunakan token NOIA.”

Starlink adalah projek firma aeroangkasa SpaceX milik Elon Musk. Dilaporkan pengeluar pengangkutan angkasa itu mahu mencipta sistem internet satelit, mengandungi ribuan satelit kecil di orbit rendah Bumi yang mampu menyediakan perkhidmatan WiFi di mana-mana sahaja.

Bukankah ini satu khabar yang baik bagi komuniti NOIA? Lagi-lagi ia melibatkan Musk yang sangat terkenal dengan sokongannya terhadap pasaran kripto lagi-lagi Bitcoin (BTC) dan Dogecoin (DOGE).

Syntropy juga ada memuatnaik timeline bagi pertumbuhan rangkaian itu yang diusahakan dalam 60 hari bermula April sehingga Mei.

Sekiranya NOIA mampu merealisasikan fokus meraka terutama pelancaran staking dan pelancaran aplikasi di Windows dan Mac, tidak mustahil rangkaian itu akan terus berkembang lebih pesat.

Ketika penulisan, NOIA didagangkan pada $0.77 dengan lonjakan 0.35% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat