Tadi Dah Melonjak, Tapi Kenapa USD/JPY Turun Semula?

825

Sentimen pasaran agak bercampur pada dagangan awal minggu melihatkan pergerakan perlahan pada pasaran kewangan.

Harapan kekal tinggi terhadap penghasilan vaksin Covid-19 namun turut memberi kebimbangan adalah kenaikan kes pandemik khususnya di Amerika Syarikat (AS).

Dilaporkan kes jangkitan di seluruh dunia kini telah mencecah 3.7 juta dan kematian telah melepasi 140,000 korban. Los Angeles akan mengumumkan perintah berkurung dan kes penularan di Florida disifatkan sebagai “di luar kawalan”.

Risiko ini juga telah memberi sokongan terhadap matawang safe-haven Yen kembali mengukuh dalam pasaran.

Namun pada awal sesi Asia hari ini, Yen bergerak lemah susulan minit mesyuarat yang diterbitkan oleh bank pusat dengan pandangan dovish oleh ahli jawatankuasa mesyuarat terhadap ekonomi semasa Jepun.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga telah melonjak dengan kenaikan sekitar 50 pips dari paras 107.00 ke zon resistance 107.500.

Namun, selepas mencapai paras tertinggi terbaru mengatasi dagangan minggu lepas, harga telah turun semula menuju paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Pergerakan harga pada carta USD/JPY mendatar sejak minggu lalu dalam julat zon resistance 107.500 dan zon support 106.600.

Jika kenaikan harga tembusi zon resistance tersebut, kenaikan seterusnya dijangkakan ke paras tumpuan 108.00.

Namun jika penurunan harga berlaku dan harga menembusi zon support 106.600, penurunan selanjutnya akan dijangka menuju zon support lebih rendah sekitar 106.00.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat