Tahukah Anda Kejatuhan GBP/USD Semalam Adalah Terendah Sejak 1985!

200

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam telah memecah rekod harga terendah yang telah dicecah 37 tahun, iaitu terendah sejak 1985!

Mata wang Pound terus didagangkan suram selepas laporan polisi monetari bank pusat England diteliti semalam. Penggubal polisi masih melihat langkah pengetatan dasar untuk diteruskan dengan jangkaan kenaikan kadar faedah masih akan dilaksanakan pada mesyuarat minggu hadapan.

Walaupun menunjukkan penyusutan pada carta harga berbanding US dolar di sesi Eropah, namun lain pula cerita pada dagangan yang bersambung ke sesi New York.

Harga yang pada mulanya membuat penurunan melepasi paras sokongan 1.14500 dan mencecah paras terendah terbaru hampir sekitar 1.14000, kemudiannya kembali melonjak semula sekitar 130 pips.

Ini adalah berikutan penyusutan yang berlaku terhadap mata wang US dolar yang gagal mengekalkan momentum pengukuhannya sebelum itu.

Pelabur lebih berwaspada menantikan ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell malam ini untuk petunjuk penetapan dasar monetari selepas nada yang hawkish disampaikan pada simposium Jackson Hole lalu.

Pelabur kini meneliti isyarat lebih jelas untuk menilai perubahan trend harga ketika harga masih menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD bersambung di sesi Asia pagi Khamis ini.

Sekiranya kenaikan harga berjaya dilanjutkan, harga dilihat akan menguji paras 1.16000 yang menjadi rintangan gagal ditembusi pada Selasa lalu.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan untuk isyarat trend bullish yang lebih jelas akan didorong untuk menuju sehingga ke zon tumpuan pada 1.18000.

Sebaliknya jika harga menyambung semula penurunan lebih rendah, tidak mustahil paras terendah terbaru akan dicatatkan lagi melepasi sekitar 1.14000 yang dicecah harga semalam.

Untuk sasaran penurunan lebih rendah, harga berkemungkinan boleh susut sehingga ke paras 1.13000 atau lebih rendah lagi menuju sekitar 1.12000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat