Tahukah Anda Negara Mana Miliki Paling Banyak Senjata Nuklear?

3,897

Menurut Federation of American Scientist (FAS), terdapat lebih kurang 12,700 jumlah keseluruhan  senjata nuklear di dunia.

Walaupun usaha pengurangan yang dibuat terhadap penghasilan senjata nuklear, jumlah negara yang terlibat adalah semakin meningkat.

Senjata nuklear merupakan alat letupan dengan potensi yang menyebabkan kerosakan yang besar dan memberikan kesan buruk kepada manusia, infrastruktur dan persekitaran.

Semua senjata nuklear merupakan senjata thermonuklear yang juga dikenali sebagai bom thermonuklear, senjata fusion, bom hidrogen atau H-bombs.

Senjata tersebut dimiliki oleh 9 buah negara termasuklah:

  • Rusia
  • Amerika Syarikat (AS)
  • China
  • Perancis
  • United Kingdom
  • Pakistan
  • India
  • Israel
  • Korea Utara

Senjata nuklear menghasilkan letupan yang sangat kuat, ia diukur dengan kilotons (1,0000 ton TNT) dan megatons (1,000,000 ton TNT) serta haba dan radiasi.

Senjata nuklear pertama digunakan adalah pada Perang Dunia Kedua oleh Amerika Syarikat terhadap Jepun di Hiroshima dan Nagasaki.

‘Little Boy’ telah dilepaskan di Hiroshima manakala ‘Fat Man’ di Nagasaki telah mengakibatkan kemusnahan yang besar serta kehilangan nyawa yang tinggi.

Menurut laporan, 66,000 kematian dan 69,000 kecederaan di Hiroshima sementara 39,000 kematian dan 25,000 kecederaan di Nagasaki.

Bulletin of Atomic Scientists menyatakan bahawa pada tahun 1986, persaingan antara senjata nuklear antara Soviet Union dan AS ini pada tahap kemuncak.

Pada masa tersebut, Soviet Union mempunyai lebih daripada 40,000 senjata nuklear manakala AS pula mempunyai 23,000 senjata nuklear.

Justeru, sehingga kini Rusia dan AS masih bersaing dalam penghasilan senjata nuklear yang terbanyak di dunia.

Menurut FAS, Rusia merupakan negara yang paling banyak pemilikan senjata nuklear dengan 5,977, daripada jumlah tersebut 1,458 aktif, 3,039 tidak aktif tetapi boleh diaktifkan dan 1,760 yang ingin dilupuskan.

AS pula mempunyai sebanyak 5,550 senjata nuklear, 1,389 aktif, 2,361 tidak aktif tetapi boleh diaktifkan dan 1,800 yang bakal dilupuskan.

Melalui laporan dari Pentagon AS, China didapati bakal mempunyai 1,500 senjata nuklear menjelang 2035.

Selain itu, India, Korea Utara, Pakistan, United Kingdom dan juga Rusia juga dalam perancangan untuk meningkatkan jumlah pemilikan senjata nuklear pada tahun-tahun mendatang.

 

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat