Tahukah Anda No Plat Apakah Yang Paling Mahal Di Dunia? Baca Di Sini!

1,046

Baru-baru ini Malaysia dihangatkan dengan hasil jualan siri nombor plat kenderaan “RR” oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis dengan rekod kutipan mencecah RM12.2 juta sejak bidaan dibuka 5 hingga 19 Jun yang lalu.

Hasil bidaan R2 hingga R10 sahaja telah mencecah RM 2.7 juta. Nombor pendaftaran R1 tidak dibuka untuk bidaan kerana merupakan nombor plat khas buat Raja Perlis.

Antara mereka yang memenangi bidaan adalah Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Baginda berjaya membawa pulang dua nombor plat “RR6” dan “RR9” dengan jumlah RM856,780.

# Pemegang No. Plat Termahal Di Malaysia

Anda pasti terkejut dengan nilai bidaan Sultan Kelantan di atas. Tapi untuk pengetahun anda pemilik no plat termahal di Malaysia adalah Sultan Johor.  Baginda berjaya membida no. plat “V1” (Kuala Lumpur) pada Ogos 2016 dengan nilai bidaan RM 989,780. Tahun yang sama baginda juga berjaya mendapatkan no. pendaftaran “F1” (Putrajaya) dengan nilai RM 836,660.

# Mahalnya RM 1 juta untuk No Plat!

Tidak bagi mereka yang mempunyai wang dan minat. Walaupun harga bidaan no. pendaftaran kenderaan di Malaysia hampir mencecah RM 1 juta, masih tidak boleh melawan harga bidaan no plat kenderaan dari negara lain.

Jom kita lihat lima bidaan no. plat kenderaan paling mahal di dunia:

5. Afzal Khan, United Kingdom (2008)

No plat: F1
Harga : RM 2.44 juta (£ 440,625)

4. John Collins, United Kingdom (2014)

No plat: 25 O
Harga : RM 2.87 juta (£ 518,480)

3. Talal Ali Mohmmad Khouri, UAE (2007)

No plat : 5
Harga : RM 29.44 juta ($25.2 juta dirham)

2. Balwinder Sahani , UAE (2016)

No plat : D5
Harga : RM38.60 juta ($33 juta dirham)

1. Saeed Abdul Ghaffar Khouri, UAE (2008)

No plat : 1
Harga : RM61.05 juta ($52.2 juta dirham)

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat