Tahun 2017 – Tahun Memberangsangkan Bagi Ekonomi U.S Sepanjang 1 Dekad

115

Tahun 2017 merupakan antara tahun terbaik bagi ekonomi Amerika Syarikat sepanjang 1 dekad. Selain itu, ekonomi US juga menunjukkan tanda-tanda akan terus berkembang pada tahun ini dan akan datang.

GDP ekonomi US bertumbuh pada kadar 3% setahun berdasarkan 3 suku tahun 2017. Berbanding pada tahun-tahun sebelumnya, ekonomi US hanya bertumbuh pada kadar 2%. Namun segelintir pakar ekonomi kurang yakin ekonomi akan berkembang pada 3% setahun pada tahun 2017, selepas keluar data gdp suku tahun keempat nanti. Hal ini disebabkan pertumbuhan yang perlahan pada suku tahun pertama iaitu pada 1.2%

Pada bulan November, keyakinan pengguna melonjak naik ke paras tertinggi sepanjang 17 tahun dan masih berada paras tertinggi pada bulan Disember.

Kadar pengangguran juga berada paras yang redah iaitu pada 4.1%, kadar terendah sejak tahun 2000. Peluang pekerjaan juga menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan. Indikator pekerjaan naik ke paras 16.5 mata pada bulan Disember, merupakan yang tertinggi sejak tahun 2003.

Indeks pembuatan ISM meningkat ke paras melebihi 58.5 mata bulan September. Hal ini menunjukkan, ekonomi US bertumbuh dengan baik dan data yang kukuh dalam saham dan indikator ekonomi seperti pengeluaran industri, tempahan barangan dan lain-lain lagi.

Pasaran saham US seperti S&P 500 meningkat 400 mata atau 19% pada tahun 2017. Morgan Stanley berkomentar bahawa pasaran saham tahun ini adalah terbaik. Ditambah pula gergasi teknologi seperti Facebook, Amazon, Netflix dan Google banyak melakukan invovasi dan mendorong banyak sektor-sektor lain untuk berkembang. Pada tahun 2017, saham teknologi telah menjana pertumbuhan terbesar dalam pasaran saham US.

Kadar faedah pula dinaikkan sebanyak tiga kali pada tahun 2017. Sila baca disini untuk lebih lanjut :https://intraday.my/kajian-kes-kadar-faedah-fomc-4-kesan-negatif-kenaikan-kadar-faedah-the-fed/
Namun ekonomi US masih dihimpit dengan kadar inflasi yang bertumbuh perlahan. Pada bulan November, kadar inflasi bertumbuh sebanyak 2.2%.

Menurut penganalisis ekonomi US diramalkan akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat