Tahun 2022 Bakal Jadi Era Metaverse? Ramalan Grayscale Ini Buatkan Pasaran Teruja!

2,248

Pada hari ini Grayscale telah mengeluarkan dapatan kajian mereka mengenai perkembangan Metaverse dalam arus massa. Secara amnya Metavers sejak akhir-akhir ini telah berjaya mengatasi ‘hype’ NFT dalam musim lonjakan harga BTC kerana lebih banyak projek ‘mainstream’ yang menyasarkan untuk memasuki dunia realiti maya dalam masa terdekat.

Laporan penyelidikan Grayscale telah menganggarkan bahawa bilangan pengguna Metaverse telah meningkat sebanyak 10x dalam masa setengah tahun. Laporan itu juga meramalkan bahawa jika dunia virtual Metaverse terus berkembang pada kadar semasa, ia boleh menjadi industri yang bernilai trilion dolar menjelang tahun hadapan. Carta dibawah ini menunjukkan jumlah dompet Metaverse yang telah melonjak naik ke paras tertinggi pada suku terakhir 2021.

 

Metaverse

Laporan tersebut turut memberi perincian tentang bagaimana Metaverse telah menjadi popular dalam industri hiburan dan hartanah walaupun ia masih berada di peringkat awal. Metaverse dijangka bakal akan menjadi kunci kepada Web 3.0 sepertimana yang dilakukan Facebook dalam mengendalikan Web 2.0.

Internet mudah alih Web 2.0 telah mengubah cara di mana, bila dan bagaimana masyarakat menggunakan internet. Web 3.0 dilihat dapat membawa potensi ini ke peringkat yang seterusnya. Ekonomi berasaskan Web 3.0 sudah menjadi industri bernilai trilion dolar dalam penghasilan, yang pastinya merupakan salah satu sebab utama organisasi seperti Facebook melakukan baik pulih melalui penjenamaan yang baru.

Beberapa token Metaverse telah melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa dan kelihatan kebal daripada menyusut pada kadar yang berterusan. Decentraland (MANA) ialah salah satu token metaverse paling popular yang mendapat tarikan daripada ramai selebriti dan turut menyaksikan penjualan harta maya bernilai $2.45 juta baru-baru ini.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat