Tahun 2022 Bakal Menjadi Tahun Pengawalseliaan Untuk Pasaran Kripto?

1,346

Tahun 2021 adalah menandakan tahun bahawa ramai pemain industri dan pelabur runcit mula terjun ke pasaran kritpo. Manakala sebelum itu, kebanyakkan industri gergasi Wall Street dan pengurus dana VC mengambil sikap tunggu dan lihat kerana risiko yang besar.

Namun apabila, ramalan mereka bahawa gelembung kripto akan pecah tidak menjadi kenyataan maka mereka akhirnya memilih untuk mengikut trend bagi merebut peluang yang ditawarkan.

Beberapa bank komersial terbesar seperti JP Morgan, Morgan Stanley, dan beberapa yang lain yang pernah menyekat pembayaran kripto pada platform mereka dan menyebutnya sebagai skim Ponzi sehingga menolak semua permintaan pelanggan mereka yang terkait kripto. Namun, ada syarikat besar seperti Microstrategy menjadi perintis syarikat Fortune 500 yang melabur dalam BTC sebagai lindung nilai inflasi ke atas Dolar AS.

Jika 2021 adalah mengenai penerimaan terhadap aset kripto, penganalisis berpendapat bahawa tahun 2022 mungkin mengenai mengenakan peraturan kripto kerana kerajaan di seluruh dunia kini sedang memikirkan dan meneliti pelbagai aspek pasaran kripto dan bagaimana ia boleh dikawal.

Sesetengah negara telah mengawal selia aset kripto di bawah undang-undang cukai sedia ada manakala banyak negara lain merancang untuk membawa satu set peraturan baharu sama sekali. Ketua Pegawai Eksekutif Circle, Jeremy Allaire percaya peraturan stablecoin mungkin ditetapkan tetapi ia tidak akan memberi kesan kepada penggunaan stablecoin yang semakin meningkat.

Jeremy juga menjangkakan bahawa penglibatan pemain industri akan terus meningkat dan jumlah wang yang dilaburkan akan terus berganda-ganda. Walaubagaimanapun, dengan pengenaan peraturan kripto yang berbagai memiliki potensi untuk mengekang perkara ini.

Sebilangan Ketua Pegawai eksekutif syarikat kripto berpendapat penerapan pengawalseliaan ini tidak akan dilaksanakan sekaligus tapi secara berperingkat dan memakan masa beberapa tahun.

Tumpuan pemain industri kripto dan para pelabur masih tertumpu pada perkembangan stablecoin dan bagaimana kerajaan menangani hal ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat