Tahun 2023 Cardano (ADA) Diramal Ke $1, Sekarang Sasar $0.60 Dulu?

287

“Jangan yakin sangat pelabur sebab takut terciduk je nanti.”

Harga mata wang kripto Cardano (ADA) akhirnya berjaya menembusi paras $0.45 pada minggu lepas ketika rangkaiannya terdapat beberapa aktiviti pembangunan, namun sekarang ia susut sedikit pada paras $0.44.

Diperjelaskan lebih terperinci, harga ADA didapati melonjak sebanyak 6% selepas rangkaiannya melancarkan Aiken, iaitu bahasa pengaturcaraan dan toolkit untuk mudahkan pembangunan kontrak pintar pada blockchain aset digital itu.

Menurut Dan Gambardello, influencer ADA berkata bahawa aset digital tersebut telah menembusi paras harga Oktober tahun lepas, di mana pada masa itu ia berada pada paras $0.43 sebelum jatuh lebih drastik hingga ke $0.33.

Rentetan itu, harga ADA diramalkan akan meningkat sebanyak 40% mencecah paras $0.60 dalam masa terdekat ini, tetapi aset digital tersebut perlu melepasi zon rintangan $0.52 dahulu untuk menggunung lebih tinggi.

Gambardello turut menyebut bahawa prestasi ADA lebih memberangsangkan daripada Ethereum (ETH) sambil menambah harga ADA berpotensi untuk mencecah paras tertinggi $15 dengan modal pasaran $500 bilion.

Hal ini kerana beliau sungguh yakin perkembangan termasuk blockchain ADA adalah lebih baik berbanding ETH.

Seterusnya, whales yang menjangkakan harga ADA akan mencecah $1 telah berpusu-pusu menambah 560 juta aset digital tersebut bernilai $218 juta baru-baru ini.

Setakat penulisan ini, harga ADA menyusut sebanyak 0.54% pada paras $0.44 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $15 bilion namun masih mencatatkan keuntungan hampir 15.97% dalam masa 7 hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat