Tahun Ini Kripto Bakal Bullish! – Mike Novogratz

503

“Pelabur pula rasa pasaran kripto akan naik atau turun?”

Penyokong dan pelabur tegar mata wang kripto terkenal, Mike Novogratz sungguh yakin harga Bitcoin (BTC) termasuk aset digital lain bakal melihat pergerakan menaik secara berterusan pada tahun ini.

Novogratz semasa menjadi tetamu di Fox Business baru-baru ini berkata bahawa krisis perbankan berterusan dan hutang banyak dialami Amerika Syarikat (AS) mampu mendorong kripto untuk mendaki tinggi.

Tambahnya lagi, Federal Reserve (Fed) AS yang mungkin menurunkan kenaikan kadar faedah pada tahun ini akan turut bantu kripto untuk melonjak sambil membayangkan BTC bakal naik seiring dengan harga emas.

Beliau turut mengatakan BTC mampu bertahan dan kekalkan pertumbuhan kukuh sepanjang tahun ini walaupun kebanyakan syarikat exchanger kripto seperti Coinbase menghadapi banyak tekanan daripada tindakan agresif Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS.

Rentetan itu, Novogratz meramalkan bahawa BTC berpotensi menembusi paras $30,000 dalam tempoh terdekat ini, di mana kini harga aset digital tersebut tergelincir 0.11% pada $28,064 dalam tempoh 24 jam lalu.

Terdahulu pada awal bulan Februari, Novogratz juga pernah menyatakan harga BTC akan mencecah $30,000 pada akhir bulan Mac 2023, namun jangkaan beliau meleset semata-mata susulan sehingga sekarang ia tidak melepasi zon itu.

Sementara para pelabur berpandangan krisis semasa dalam industri perbankan yang telah memberi kejutan kepada pelbagai pihak adalah salah satu sebab di sebalik BTC melihat prestasi memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat