Taiwan Beli Kelengkapan Perang Bernilai $1.8 Bilion, Bersedia Menentang China

1,347

Terbaru dilaporkan Amerika Syarikat (AS) telah menjual senjata pertahanan kepada Taiwan pada nilai sekitar $1.8 bilion sebagai langkah berjaga-jaga dengan China.

Pembelian itu merangkumi tiga jenis sistem senjata termasuk 135 peluru berpandu jelajah, pelancar roket mudah alih, alat pengesanan, pod pengintipan udara dan beberapa jenis meriam.

Hubungan Taiwan dan China sebenarnya sudah lama keruh dan semakin meruncing sejak pentadbiran pulau itu rimas dianggap sebahagian daripada China dan menyebabkan campur tangan ahli Kesatuan Eropah (EU).

Wilayah China dan Taiwan telah dipisahkan sejak perang saudara pada tahun 1940-an. Namun, Beijing awal-awal lagi menegaskan pihak mereka tidak teragak-agak menggunakan kekerasan untuk merampas semula Taiwan.

Pada minggu lepas, penasihat keselamatan negara AS, Robert O’Brien memberitahu walaupun sukar untuk percaya China akan menyerang Taiwan, wajarlah pulau itu bersiap siaga mengelak dari sebarang ancaman pada masa akan datang.

Justeru, Kementerian Pertahanan Taiwan percaya pembelian senjata dapat mengukuhkan lagi pertahanan yang dibangunkan, sekaligus meningkatkan kekebalan perang antara dua negara itu.

Sebelum ini pada Ogos, Taiwan menerima kunjungan ahli politik tertinggi AS untuk bertemu dengan presiden negara itu, Tsai Ing-wen.

Beijing memberi amaran kepada AS untuk tidak memberi sebarang ‘harapan’ kepada Taiwan jika tidak mahu mengeruhkan hubungan China-AS yang bagai retak menunggu belah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat