Taiwan Mempertimbangkan Sistem Pembayaran Yang Berasaskan Blockchain Pada Masa Hadapan

320

Berdasarkan laman cointelgraph, pada 26 Februari, gabenor Bank Pusat Taiwan, Yang Chin-long telah memberi ucapan bahawa bank Taiwan sedang proses meneroka teknologi Blockchain.

Pada akhir Januari lalu, bandar Taiwan, Taipei telah mengumumkan bahawa bandar tersebut akan ditransformasikan kepada ‘bandar pintar’. Bandar ini akan menggunakan teknologi blockchain dalam beberapa sektor seperti merekod daftar kesihatan rakyat dan mengesan pencemaran. Bandar ini telah menjalankan kerjasama dengan syarikat IOTA iaitu yang juga merupakan salah satu matawang crypto.

Dalam ucapan baru-baru ini, Yang Chin-long berkata bahawa bank pusat tidak mempunyai masalah dan terbuka untuk menerima pakai teknologi kecerdasan buatan dan analisis big data bagi meramal dan menganalisis keadaan ekonomi global dengan lebih tepat.

Dalam masa yang sama bank pusat juga akan cuba meneroka manfaat teknologi Blockchain bagi melancarkan sistem sekuriti dan meningkatkan lagi keefisienan sistem kewangan melalui teknologi blockchain.

Pada bulan Oktober 2017, Taiwan’s Financial Supervisory Commission (FSC) telah mengumumkan bahawa mereka menyokong perkembangan teknologi seperti ICO, matawang crypto dan Blockchain dalam negara ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat