Tak Ada Stamina Untuk Terus Bermain, Bursa Kecundang Lagi!

120

Pengakhiran suku ke-3 2022 menyaksikan Bursa Malaysia terus ‘bermandi darah’ apabila ia bergerak lemah mengikuti prestasi Wall Street.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, tekanan makroekonomi yang memuncak mengeruhkan lagi sentimen apabila pelabur dilihat terus berhati-hati membuat pelaburan.

Atas faktor itu firma meramalkan munculnya pembelian sederhana ekoran aktiviti penilaian semula portfolio saham pada penghujung suku.

Dalam pada itu, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) turun 6.09 mata pada 1,391.41 daripada penutupan Khamis pada 1,397.5 dengan pembukaan lemah 2.21 mata pada 1,395.29.

Di pasaran meluas, kerugian pada 233 atasi keuntungan pada 64, manakala 180 kaunter pula tidak berubah, 1,906 tidak didagangkan dan 37 digantung.

Jumlah perolehan pada 99 juta unit bernilai RM43.49 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd kekal pada RM4.20 sementara Petronas Chemicals Group Bhd tidak berubah pada RM8.39, Maybank jatuh 3 sen pada RM8.53, CIMB Group Holdings Bhd susut 6 sen pada RM5.09, IHH Healthcare Bhd turun 5 sen pada RM5.87 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kurang 7 sen pada RM8.18.

Saham aktif memperlihatkan XL Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 68.5 sen, Green Ocean Corp Bhd kekal pada 1 sen sementara Kejuruteraan Asastera Bhd tidak berubah pada 45.5 sen.

Bina Puri Holdings Bhd dan PT Resources Holdings Bhd turun 0.5 sen pada 3 sen dan 43 sen sementara Top Glove Corp Bhd serta Cnergenz Bhd susut 1 sen pada 57.5 sen dan RM1.03.

Di papan indeks, FBM Emas Index kurang 41.68 mata pada 9,939.76, FBM 70 susut 50.39 mata pada 12,105.19, FBMT 100 turun 41.96 mata pada 9,693.15, FBM Emas Shariah jatuh 45.12 mata pada 9,996.73 dan FBM ACE kuncup 28.46 mata pada 4,631.59.

Segi sektor, indeks Tenaga turun 2.99 mata pada 668.51, indeks Perladangan jatuh 10.29 mata pada 6,494.21, indeks Perkhidmatan Kewangan susut 60.1 mata pada 15,822.24 dan indeks Produk serta Perkhidmatan jatuh 0.53 mata pada 169.44.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat