Tak Berminat, CZ Tolak Tawaran $40 Juta Daripada CEO FTX!

480

“Bagus CZ ada pendiriannya sendiri, kalau tak nak cakap je tak nak.”

Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance dilaporkan menolak tawaran $40 juta daripada bekas CEO FTX Sam Bankman-Fried (SBF) pada Mac 2019 yang menginginkannya menubuhkan bursa mata wang kripto niaga hadapan.

Secara konteks, bursa kripto niaga hadapan membenarkan para pedagang memanfaatkan dananya melalui cagaran minimum, tetapi perlu diketahui pasaran sangat tidak menentu kerana harganya mampu turun naik pantas.

Ketidaktentuan tersebut dapat mengakibatkan bursa kripto niaga hadapan menghadapi hutang susulan daripada cagaran yang tidak mencukupi.

Namun, FTX yang berhasrat mengatasinya telah cadang untuk memantau aktiviti pedagang secara aktif, oleh itu sistem akan mencairkan positions pedagang apabila perdagangan melebihi cagaran dan langkah tersebut dapat mengehadkan kerugian.

Bagaimanapun, kedua-dua bursa kripto tersebut mempunyai objektif berbeza pada masa itu susulan FTX ingin memberi perkhidmatan kepada pelabur institusi manakala Binance pula tertumpu pada pelanggan runcit.

Rentetan itu, CZ memutuskan untuk tidak menerima tawaran tersebut tetapi sebaliknya Binance memilih membangunkan platform niaga hadapan sendiri, kemudian FTX turut melancarkan perkhidmatan yang serupa pada tahun 2019.

Pada tahun 2022 semasa krisis kecairan FTX tercetus, bursa kripto yang sudah menghadapi kebankrapan itu telah mendekati Binance untuk potensi pemerolehan, tetapi CZ menolaknya kerana beliau berpandangan platform tersebut tidak dapat diselamatkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat