Tak Cukup Nafas, USD Buat Terjunan Maut!

516

Mata wang gergasi US dolar menjunam parah selepas dikejutkan dengan bacaan inflasi Amerika Syarikat yang lebih rendah daripada dijangkakan pada bulan Oktober.

Walaupun indeks harga pengguna (CPI) AS bulanan sedikit tersasar daripada dijangkakan dengan catatan 0.4% tidak berubah daripada bacaan sebelumnya, namun pelabur lebih memberi tumpuan pada bacaan tahunan.

Inflasi tahunan meningkat 7.7% pada bulan lalu, lebih baik daripada jangkaan untuk kenaikan 7.9% dan menurun daripada catatan sebelumnya 8.2% pada September.

Angka terbaru ini juga merupakan paras terendah pernah dicatatkan sejak Januari dan pelabur kini percaya bahawa inflasi di AS telah mencapai kemuncaknya pada bulan Jun, dengan rekod 9.1%.

Rentetan daripada itu, pelabur mengubah jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mula memperlahankan kenaikan kadar faedahnya pada mesyuarat polisi seterusnya.

Ekoran itu, indeks dolar jatuh mendadak dengan mengalami penurunan harian terburuknya sejak 2015 setelah kerugian 2.28% pada Khamis.

Sementara berbanding yen pula, US dolar mencatatkan hari terburuknya sejak 2016 dengan kehilangan 3.7% sebaik sahaja data dikeluarkan.

Mata wang pound pula meraih keuntungan harian terbesarnya sejak 2017 dengan lonjakan lebih 3%, bersama-sama dengan dolar Aussie yang melonjak hampir 3% iaitu prestasi terbaiknya sejak 2011.

Euro pula mencatat peningkatan hampir 2%, membawanya didagangkan pada paras ketinggian 3 bulan berbanding greenback.

Menjadi tumpuan pelabur seterusnya adalah penerbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK pada sesi Eropah akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat