Tak Dapat Diselamatkan, Emas Menjunam Jauh!

445
  • Kejutan NFP tolak emas lebih rendah
  • Emas susut sekitar 2.4% pada Jumaat

Harga emas berlegar pada paras terlemah empat minggu di tengah-tengah pengukuhan US dolar yang berterusan berikutan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang memberangsangkan.

Meneliti dagangan logam kuning pada sesi Asia, emas diniagakan sedikit berubah pada sekitar harga $1,870 per auns manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,883 per auns.

Logam berharga itu menjunam parah pada hari Jumaat selepas dikejutkan oleh data NFP AS yang tanpa dijangka meningkat lebih kukuh pada bulan Januari.

Ini dapat disaksikan dengan pergerakan pasangan XAU/USD yang merosot sekitar 550 pips sebaik sahaja data dikeluarkan, dan susut hampir 1000 pips dari puncak tertinggi 9 bulan yang dicapai pada Khamis, $1,959 per auns.

US dolar pula melonjak ke paras terkuat 3 minggu berbanding kebanyakan mata wang utama, manakala hasil perbendaharaan 10 tahun AS tertinggi 4 minggu. 

Emas sebelum ini mendapat sokongan daripada petunjuk dovish oleh Federal Reserve (Fed) yang turut menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat