Tak Habis Naik Lagi, USD/CAD Buat ‘U-Turn’ Semula

329

Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD di awal minggu gagal mencapai ke zon sasaran 1.28300 yang menjadi paras rintangan diuji pada minggu lalu.

Sebaliknya, harga yang membuat kenaikan hampir menyentuh paras 1.28000 kembali pamerkan penurunan semula di sesi New York semalam berikutan penyusutan nilai US dolar dalam pasaran.

Situasi tersebut kekal pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini dengan memberikan isyarat awal perubahan trend harga.

Sementara, dolar Kanada pula dilihat disokong oleh pandangan optimis pelabur terhadap permintaan minyak mentah oleh China sebagai antara negara pengguna terbesar minyak di dunia.

Di samping itu juga, data pengeluaran perindustrian China yang meningkat memberi petunjuk pemulihan pada sektor ekonomi di China yang akan terus menyokong sentimen pasaran minyak global.

Harga yang menyambung penurunan di sesi Asia hari ini turut turun lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Penurunan lebih rendah harga dijangka menuju ke zon sokongan sekitar 1.26700 untuk menghalang kejatuhan harga lebih rendah.

Sekiranya harga terus susut, zon support pada 1.26300 akan diuji sebelum penurunan lebih rendah harga menuju ke paras tumpuan 1.26000.

Sebaliknya jika harga melonjak semula di atas zon rintangan 1.27800, paras rintangan minggu lalu pada 1.28300 akan kembali menjadi destinasi sasaran harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat