Tak Hirau Campur Tangan Jepun, Yen Dijangka Derita Lebih Parah!

164

Mata wang yen berpotensi untuk melemah lebih parah walaupun dengan langkah campur tangan yang telah dilaksanakan oleh Jepun.

Bekas naib menteri kewangan Jepun bagi hal ehwal antarabangsa, Eisuke Sakakibara mengunjurkan yen boleh menyusut lebih jauh ke paras 170 berbanding dolar Amerika pada tahun depan.

Sakakibara dikenali sebagai ‘Mr. Yen’ atas usahanya mempengaruhi kadar pertukaran mata wang melalui campur tangan lisan dan rasmi pada penghujung 1990-an.

Mengulas laporan mengenai satu lagi campur tangan yang sedang dilaksanakan pihak berkuasa Jepun sejak Jumaat lalu, beliau berkata kebanyakan ahli perniagaan kini meramalkan yen akan melanjutkan penurunan lebih rendah.

Buat masa ini, yen mengukuh pada sekitar harga 148.00 berbanding US dolar walaupun sehingga kini Jepun masih tidak mengesahkan tindakan campur tangan yang dilaksanakannya.

Jepun Punya Sejarah Campur Tangan Yang Gagal

Walaupun pihak berkuasa terus campur tangan untuk mempertahankan mata wangnya, ia tidak akan memberi kesan ketara, ujar Sakakibara.

Penganalisis Kathy Lien mengatakan satu-satunya campur tangan yang berkesan adalah bersama dengan negara G7 yang lain.

Namun, beliau turut menambah bahawa kenaikan kadar faedah akan lebih berkesan dalam mempertahankan yen.

BOJ Kekal Dovish

Meskipun mata wang yen telah mengalami kejatuhan mendadak, tetapi bank pusat Jepun (BOJ) dilihat masih lagi mengekalkan pendirian dovish dalam dasar monetarinya.

Namun, Sakakibara menjangkakan BOJ akan mula meningkatkan kadar faedah pada tahun depan iaitu sebaik sahaja penggal perkhidmatan gabenor Haruhiko Kuroda tamat pada April 2023.

Sebaik sahaja kepimpinan BOJ bertukar, dan inflasi Jepun terlalu panas, maka terdapat kemungkinan untuk perubahan dalam dasar monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat