Tak lepas Tembus Resistance 1.32400, USD/CAD Junam Semula

476

Dolar Kanada kembali didagangkan mengukuh sejak beberapa sesi semalam berikutan disokong oleh jangkaan untuk peningkatkan harga minyak mentah yang menjadi eksport utama Kanada.

Hal ini adalah disebabkan arahan oleh Arab Saudi terhadap negara anggota OPEC yang lain untuk mematuhi kuota pengeluaran minyak mereka.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman telah memberi amaran kepada negara-negara yang telah menipu berkenaan kuota pengeluaran sebelum ini yang tidak mematuhi perjanjian.

Dengan itu juga, negara-negara terbabit telah diarahkan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka sebagai ‘denda’ terhadap kesalahan tersebut.

Dengan pengurangan bekalan, harga minyak bakal meningkat sekaligus menyokong pengukuhan dolar Kanada semula.

Pada carta harga bagi pasangan matawang USD/CAD, harga yang membuat kenaikan semalam menguji paras rintangan 1.32400 kembali membuat penurunan semula sehingga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Penurunan harga sehingga ke sesi Asia pagi ini dilihat mencecah paras sokongan 1.31400 pada zon zon RBS (resistance become support) dan dilihat berdepan kesukaran untuk menembusinya.

Dengan jangkaan harga akan turun lebih rendah, zon RBS tersebut bakal ditembusi sebelum penurunan terendah harga boleh mencecah sehingga ke zon support 1.30000.

Sebaliknya, jika lonjakan harga kembali berlaku berkemungkinan faktor penyukuhan US dolar semula, harga akan menguji sekali lagi paras rintangan 1.32400 yang masih gagal ditembusi sejak minggu lalu.

Pelabur juga akan memberi tumpuan pada data ekonomi Kanada pada sesi New York malam ini yang boleh mempengaruhi pergerakan Loonie.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat