Tak Masuk Akal! NFT Bored Ape Yacht Club #835 Terjual Pada RM485!

1,611

Ada satu lagi koleksi NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC) yang terjual murah gara-gara kesilapan pemiliknya.

Alamak! Apa yang berlaku?

Difahamkan BAYC #835 terjual pada harga $115 (RM485.07) sedangkan pemiliknya yang dikenali sebagai ‘cchan’ mendapatkan NFT tersebut pada harga 16 ETH bersamaan, $54,473 (RM229,767) pada Ogos 2021.

Situasi berlaku apabila cchan tersilap menerima bidaan yang disangkanya dalam unit ETH tetapi rupanya 115 DAI.

Begitu juga kepada koleksi Mutant Ape  Yacht Club (MAYC) #11670 yang terjual pada 25 DAI ($25, bersamaan RM105.45) walaupun harga lantai bagi MAYC bermula pada 22.6 ETH ($76,919.38, RM324,445.94).

Mungkin inilah namanya bukan rezeki kan?

Padahal cchan berpeluang untuk menjual NFT tersebut pada harga yang lebih tinggi kerana ada tiga tawaran harga sekitar 75 ETH dan 106 ETH.

Lebih memeritkan lagi untuk cchan apabila dapat tahu yang pemilik baharu dua NFT tersebut berjaya menebus 12,136 ApeCoin (APE).

Ketika penulisan, APE didagangkan pada $14.22 seunit dengan penyusutan lebih 5% dalam 24 jam.

Makanya, janganlah berjual beli ketika mamai atau janganlah terlalu teruja sehingga tersilap pandang.

Ini mengingatkan kepada kesilapan pemilik BAYC yang terjual NFT-nya pada harga RM12,706.50 gara-gara ter-typo.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat