Tak Masuk Akal! Pengguna DeFi Bayar $36,000 Dalam Satu Transaksi Uniswap

737

Yuk, kita santai-santai pula dengan berita terbaru melibatkan seorang pengguna Uniswap yang telah membelanjakan $36,000 kos gas dalam satu transaksi.

Insiden ini mengeruhkan lagi keadaan ketika komuniti kripto mengeluh dengan bayaran gas yang melampau di rangkaian Ethereum.

Tidak dinafikan, ketika ini kos gas telah meroket ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), 1000% kepada sekitar $40 sejak awal 2021.

Merujuk kepada Etherscan, setakat pada waktu penulisan, harga gas bagi pemindahan ERC-20 rata-rata bernilai $18.43. Manakala, pertukaran Uniswap menelan kos rata-rata pada $56.71.

Tapi, setelah ditelusi maklumat transaksi tersebut, nilai yang tertera $36,000 rupanya adalah typo. Lahh! Buat panik je.

Nilai yang sepatutnya dimasukkan pengguna itu ialah salah satu daripada dua harga yang berbeza, iaitu: 500 gwei atau 801 gwei. Bukannya 500,801 gwei yang bernilai 24.94 ETH ($36,000). Mungkin, pengguna tersebut tidak menyedari kesilapan tersebut hingga mencetuskan kecoh dalam komuniti kripto lagi-lagi Ethereum.

Mujurlah tidak lama lagi rangkaian Ethereum akan melancarkan EIP-1559 sebagai inisiatif kepada harga gas yang tinggi. Dijangka pelancaran tersebut berlaku pada Julai 2021.

Melalui laporan terbaru, ujian EIP-1599 sudah 99% selesai dan pada 5 Mac nanti akan dimaklumkan sama ada EIP akan termasuk dalam naiktaraf London atau tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat