Tak Menentu Menjelang Mesyuarat FOMC, EUR/USD Susut Bawah $1.1000

172

Menjelang mesyuarat FOMC pada awal Khamis nanti, US dolar pada awal minggu dilihat didagangkan kukuh membuka tirai dagangan bulan Mei.

Pengukuhan raja mata wang itu tercetus pada sesi New York semalam selepas data tinjauan sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan menunjukkan bacaan angka yang positif.

Federal Reserve (Fed) dijangka meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi terbaru dan pelabur ingin mendapatkan petunjuk sama ada kenaikan kadar akan dihentikan selepas mesyuarat ini atau masih terbuka ruang untuk pengetatan dasar lebih lanjut.

Keputusan mesyuarat tersebut akan dinilai dan akan memacu arah pergerakan US dolar selepas itu.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga kembali susut semula di bawah paras 1.10000 di sesi New York setelah kenaikan pada sesi sebelumnya mencapai sekitar 1.10350.

Penurunan harga yang berlaku sekali lagi menguji paras sokongan yang dicecah pada Jumaat lalu sekitar 1.09700 sebelum perlahan menutup dagangan penghujung sesi di sekitar tersebut.

Isyarat bearish diperhatikan setelah harga mula bergerak susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Harga dilihat sedikit melantun ketika menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Selasa) untuk menuju semula ke paras 1.10000 dan reaksi harga akan diperhatikan.

Jika harga menyambung penurunan lebih rendah lagi hari ini, tumpuan seterusnya harga dilihat pada sekitar 1.0900 yang sebelum ini merupakan zon sokongan buat harga.

Penurunan lebih lanjut selepas isyarat bearish lebih jelas akan mensasarkan sehingga paras 1.08000.

Namun, penganalisis memberi amaran bahawa US dolar boleh mengalami penyusutan semula pada bila-bila masa sahaja ekoran jangkaan terhadap dasar monetari Fed yang menuju ke arah yang lebih longgar.

Selain itu juga, mata wang Euro berpotensi untuk mengukuh pada minggu ini berikutan jangkaan pengetatan dasar yang akan diteruskan oleh European Central Bank (ECB) pada mesyuarat polisi Khamis ini.

Jika US dolar melemah semula dan Euro pula mengukuh, harga boleh melonjak naik melepasi 1.10000 dan menembusi halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend.

Kenaikan bakal diteruskan kembali untuk menuju zon ketinggian 1.10900 yang telah dicapai minggu lalu sebelum harga mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah pada 1.12000 berpotensi untuk dicapai jika US dolar mengalami penyusutan lebih ketara selepas mesyuarat FOMC.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat