Tak Relax, EUR/USD Terjun 150 Pips, Lantun Balik 150 Pips!

134

US dolar memulakan dagangan awal minggu dengan prestasi cemerlang apabila pengukuhan dipaparkan di awal sesi Asia, menyambung momentum pada dagangan penghujung minggu lalu.

Untuk tempoh masa ke hadapan, US dolar dijangkakan untuk papar pergerakan positif selepas Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan untuk meneruskan kenaikan kadar faedah agresif kali ketiga berturut-turut.

Namun raja mata wang itu mula memperlahankan dominasi ketika dagangan bersambung pada sesi Eropah dan New York.

Tumpuan di sesi New York semalam terarah kepada ucapan Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde, namun tidak memberi impak ketara terhadap mata wang Euro.

Euro walau bagaimanapun berjaya menahan asakan tekanan US dolar pada sesi sebelumnya susulan isyarat untuk kenaikan kadar faedah akan masih diteruskan oleh ECB.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan penurunan harga di sesi Asia semalam dilanjutkan ke paras terendah 20 tahun terbaru.

Penurunan 150 pips telah mencecah sekitar 0.95500 sebelum berlaku lantunan semula harga pada kadar yang sama untuk kembali ke paras rintangan 0.97000 di sesi Eropah.

Pergerakan harga pada sesi berikutnya lebih mendatar dan tidak menyambung kenaikan lebih tinggi sebelum menutup dagangan penghujung sesi New York sekitar 0.96000.

Harga yang masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD masih menunjukkan isyarat bearih buat harga minggu ini.

Penurunan harga yang dijangka bakal dilanjutkan akan menguji paras sokongan terbaru pada 0.95500 yang dicecah semalam.

Penurunan lebih rendah melepasi paras tersebut akan catatkan paras terendah terbaru lagi sejak Jun 2002 yang lalu.

Namun waspada sekiranya harga membuat lonjakan melepasi halangan MA50 dan rintangan 0.97000 yang akan menjadi indikasi awal bagi perubahan trend harga.

Kenaikan yang diteruskan akan kembali menuju semula ke zon-zon tumpuan harga terdahulu seperti paras 0.98000 atau lebih tinggi lagi pada zon pariti 1.0000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat