Tak Sangka Rupanya Ekonomi Jerman Lebih Kukuh Berbanding Jangkaan!

385

Ekonomi Jerman menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada diramalkan pada akhir tahun 2020, dengan mencatatkan pertumbuhan 0.3% yang disokong oleh pelaburan dan eksport yang lebih kuat, mengimbangi penurunan perbelanjaan pengguna dan kerajaan.

Pelaburan modal berkembang 1% pada suku keempat dan eksport meningkat 4.5%, sementara perbelanjaan pengguna menjunam 3.3% ketika penutupan coronavirus diperkenalkan semula.

Walaupun ekonomi berkembang lebih baik dari dijangkakan pada akhir tahun 2020, prospek hampir tidak meningkat tahun ini. Aktiviti ekonomi akan tetap tersekat sehingga usaha vaksinasi membolehkan sekatan dilonggarkan.

Setakat ini, program vaksinasi di Kesatuan Eropah (EU) masih lagi jauh ketinggalan berbanding Amerika Syarikat dan UK.

Canselor Jerman, Angela Merkel sebelum ini telah memberi amaran bahawa negara itu berada di tengah-tengah gelombang ketiga dan langkah untuk membuka kembali sekolah dan perniagaan harus dipertimbangkan dengan berhati-hati.

Pada awal sesi Eropah, matawang euro memanfaatkan kelemahan dolar greenback dengan didagangkan mengukuh di atas paras harga 1.21000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat