Tak Sangka Syarikat-Syarikat Gergasi Ini Pun Jadi Mangsa Inflasi & Kemelesetan

368

‘Kalau tambah semua angka pekerja di buang tu, boleh bersamaan suku penduduk dunia mungkin.’

Pasaran meluas menyaksikan banyak syarikat gergasi daripada pelbagai industri terpaksa akur dengan tekanan inflasi dan kemelesetan yang mendatang.

Daripada penularan Covid-19 ke perang Rusia-Ukraine, ia secara tidak langsung menambah tekanan inflasi selain mengukuhkan lagi unjuran pakar yang meramalkan kemelesetan seawal tahun depan.

Krisis demi krisis tersebut telah memaksa syarikat-syarikat gergasi menilai semula perniagaan sehingga ada yang terpaksa membekukan pengambilan pekerja, menarik semula tawaran kerja malah membuang pekerja secara besar-besaran.

Di bawah adalah senarai beberapa nama besar yang terpaksa akur dengan tuntutan ekonomi.

Google Alphabet Inc

  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sundar Pichai umumkan bahawa Google akan memperlahan kadar merekrut pekerja sehingga akhir tahun lepas mencatat hampir 10,000 pekerja pada suku ke-2 (2Q) tahun ini.
  • Ulas Pichai bahawa syarikat tidak imun terhadap tekanan ekonomi maka satu keputusan terpaksa diambil.

Apple Inc

  • Daripada isu bekalan cip ke potensi kemelesetan ekonomi, Apple rancang untuk perlahankan program pengambilan pekerja tanpa kompromi jadual keluaran produknya yang agresif.

Coinbase Global Inc

  • Platform bursa kripto juga terpaksa membuang 18% tenaga kerjanya pada Jun ekoran keruntuhan pasaran wang digital.
  • Terang CEO Brian Armstrong, syarikat terpaksa menghadapi kemelesetan selepas menikmati 10 tahun pasaran yang kukuh.

Ford Motors

  • Menurut sumber, Ford merancang untuk membuang 8,000 pekerja yang mewakili 4% tenaga kerjanya di seluruh dunia ekoran kekurangan pengeluaran kereta berkuasa petrol dan kereta elektrik (EV).

Microsoft Corp

  • Dalam satu nota syarikat, Microsoft umumkan bahawa ia memperlahankan pengambilan pekerja bagi kumpulan Windows, Office dan Teams ekoran ketidaktentuan pasaran.
  • Sebelum ini juga Microsoft telah membuang kira-kira 1% tenaga kerja syarikat sebagai sebahagian pelan penyusunan semula.
  • Dikatakan pada minggu ini pula Microsoft akan menutup tawaran pekerjaannya buat selama-lamanya.

Dalam pada itu, terdapat banyak lagi syarikat-syarikat gergasi terpaksa melakukan perkara yang sama.

Meta Platforms Inc pernah melaporkan untuk menilai semula keperluan syarikat pada Mei, Netflix Inc yang alami penurunan saham telah melepaskan hampir separuh pekerja sementara Twitter Inc pula merancang penstrukturan semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat