Tak Sempat Bertahan Lama, Emas Kembali Susut

444

Logam kuning emas kembali susut pada hari Jumaat, selepas melonjak ke paras ketinggian tiga minggu pada sesi sebelum ini, yang didorong oleh penyusutan ketara hasil perbendaharaan AS.

Terdahulu, emas telah melonjak tinggi ke paras harga $1,818 per auns susulan kejatuhan hasil bon AS 10 tahun pada 1.25%.

Penyusutan hasil bon, turut disusuli oleh kejatuhan US dolar dan memberi manfaat buat dagangan emas untuk meningkat lebih tinggi.

Turut mendapat sokongan kepada pengukuhan harga emas, adalah apabila jumlah tuntutan pengangguran AS yang tanpa dijangka menunjukkan peningkatan melebihi jangkaan pasaran pada minggu lalu.

Hal ini menyebabkan keyakinan pasaran terhadap pertumbuhan global yang lebih kuat, kembali pudar, ditambah pula dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan di beberapa negara terutamanya Asia dan Eropah.

Bagaimanapun, kenaikan tersebut gagal dipertahankan menyebabkan logam berharga itu kembali didagangkan di sekitar harga $1,800 per auns ketika hasil meningkat semula pada tahap 1.32% pada sesi dagangan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat