Tak Sempat Naik $1,900, Emas Kecundang Di Tengah Jalan

987

Emas susut dari paras ketinggian satu minggu setelah dolar greenback AS kembali memaparkan peningkatan susulan perdebatan pertama antara dua calon utama pilihan raya presiden 2020, Donald Trump dan Joe Biden.

Logam berharga itu pada mulanya menokok tinggi sehingga mencecah $1,899 per auns ketika pelabur berdebar menantikan petunjuk daripada perdebatan hari ini.

Bagaimanapun, dagangan logam kuning itu kemudiannya mempamerkan penyusutan dengan diniagakan di sekitar $1,887 per auns, sementara niaga hadapan emas pula didagangkan susut pada $1,891 per auns (3.55 petang waktu Malaysia).

Harga emas juga kini di landasan untuk kejatuhan bulanan paling buruk sejak November 2016, setelah menjunam 4% pada bulan ini.

Sebaliknya, dolar greenback kini menuju peningkatan bulanan terbesar sejak Julai 2019, dengan didagangkan positif berbanding kebanyakan matawang utama ketika sesi Eropah hari ini.

Perdebatan di Cleveland menjadi huru-hara berikutan kedua-dua calon yang saling bertikam lidah, di mana kepimpinan Trump dibidas teruk oleh Biden berhubung isu Covid-19, ekonomi dan cukai.

Emas juga gagal menyinar setelah data ekonomi daripada China mencatatkan peningkatan dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan yang menunjukkan pemulihan sedang berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat