Tak Senang Duduk, Google Hampir Cantas Apple dan Microsoft!

376

Orang barat ni, kalau dengki diaorang akan berusaha majukan diri bukan macam orang timur kalau dengki santau-menyantau.

Alphabet Inc milik Google bakal menyertai rakan pesaingnya, Apple Inc dan Microsoft Corp sebagai syarikat dengan nilai pasaran berjumlah US$2 trilion atau kira-kira RM8.36 trilion apabila sahamnya melonjak melebihi 8% dalam laporan suku tahunannya.

Saham Alphabet yang didagangkan pada $2,960, berada di landasan terbaik untuk mencatat keuntungan peratusan sehari terbesar dalam hampir 2 tahun sekaligus mengurangkan kebimbangan mengenai memiliki saham ‘Big Tech‘ ekoran penjualan seluruh sektor sejak beberapa minggu lalu.

Nilai pasaran saham Alphabet memuncak di atas $2 trilion pada permulaan sesi dagangan sebelum berakhir pada $1.97 trilion.

Menurut Russ Mould, pengarah pelaburan AJ Bell, sektor teknologi memulakan tahun 2022 dengan kurang baik, namun gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) terus mencatat pendapatan yang besar seiring dengan jangkaan pasaran.

Sekurang-kurangnya 20 pembroker menaikkan sasaran harga bagi saham Alphabet selepas syarikat tersebut melaporkan rekod jualan suku tahunan melebihi jangkaan.

Sasaran harga median kini berada pada $3,460, iaitu 16% melebihi harga semasanya.

Dalam pada itu, Alphabet turut mengumumkan pembahagian saham ’20-to-one’ yang akan memberi pemegang saham 19 saham untuk setiap saham yang dipegang.

Apple dan Tesla pernah membahagikan saham mereka pada tahun 2000 untuk menjadikan sahamnya lebih menarik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat