Tak Sia-Sia Melabur Dogecoin (DOGE), Hampir 70% Pelabur Dibuai Untung!

3,207

Percaya atau tidak, kira-kira 68% pelabur Dogecoin (DOGE) sedang menikmati keuntungan, walaupun aset ini susut dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH), didagangkan pada nilai $0.25 ketika penulisan artikel.

Manakala 26% mengalami kerugian dan hanya 6% menerima balik modal yang dilaburkan.

Pada awal 2021, DOGE membuat lonjakan yang luar biasa sehingga 10,000% dan mencatatkan ATH, $0.74 pada 8 Mei.

Faktor lonjakan ini bermula dengan twit yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Twitter, WSB Chairman yang berbunyi: “Has Doge ever been to a dollar?”.

Diikuti dengan CEO Tesla, Elon Musk dan beberapa selebriti yang juga memuatnaik twit berkaitan matawang kripto itu, hingga mengundang lonjakan harga yang lebih tinggi.

Penampilan Musk dalam rancangan Saturday Night Live pada 7 Mei berjaya mendorong harga DOGE merekodkan ATH, sebelum kembali susut ke paras harga semasa.

Bagaimanapun, rincian mendedahkan pelabur yang sedang menampung keuntungan rata-rata disebabkan mereka menggandakan pelaburan.

Misalnya pelabur terkenal Dogecoin, Glauber Contessoto yang memulakan pelaburan DOGE dengan modal sebanyak $250,000 (RM1,040,500) pada awal Februari. Kemudian pada Julai, figura ini menambah lagi modal pelaburan sebanyak $25,000 (RM104,050).

Contessoto pernah berkongsi pandangannya mengenai ‘ketamakan’ pelabur kripto yang disifatkan sebagai ‘tidak sabar’ dan terikut dengan pelaburan jangka pendek,

Perjalanan penerimaan Dogecoin (DOGE) dalam komuniti kripto tidak semudah yang dijangka. Sama seperti awal kelahiran Bitcoin (BTC), rata-rata skeptikal dengan kebolehan dan kemajuan yang diketengahkan.

Kini DOGE semakin menerima perhatian ramai dan menjadi pilihan kebanyakan pelabur kripto. Malah, rangkaian pawagam terbesar dunia AMC Entertainment telah rasmi terap pembayaran dalam Dogecoin untuk kad hadiah digital yang kemudian boleh digunakan untuk website syarikat, aplikasi mudah alih, dan di teater.

Cryptwerk mendedahkan lebih 1,700 perniagaan sudah mengaplikasikan pembayaran dalam DOGE seluruh dunia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat