Tak Tunggu Lama, USD Kembali Mencanak Ke Puncak Baru!

649

US dolar kembali meraih sokongan untuk mengukuh pada hari Rabu selepas data yang diterbitkan pada sesi Asia menunjukkan aktiviti ekonomi China yang melemah.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback melonjak ke puncak tertinggi baharu dua bulan pada 104.60 pada awal sesi Eropah.

Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, kelemahan dalam pertumbuhan China boleh menjejaskan mata wang lain terutamanya yang bergantung kepada ekonomi negara itu.

Ini dapat dilihat pada junaman dolar Aussie yang merosot ke paras terendah terbaru enam bulan walaupun data inflasi Australia menunjukkan bacaan yang lebih kukuh daripada jangkaan pada bulan April.

Turut menyaksikan penurunan ke paras terendah terbaru enam bulan adalah dagangan dolar New Zealand, manakala dolar loonie pula paling lemah satu bulan menjelang terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kanada.

Sementara itu, mata wang euro turut meluncur turun ke tahap terendah baharu dua bulan dan pound pula didagangkan suram pada paras terlemah satu bulan berbanding US dolar.

Menjadi tumpuan pelabur mata wang euro hari ini adalah bacaan awal data inflasi ekonomi terbesar Eropah iaitu Jerman untuk bulan Mei.

Dalam pada itu, mata wang yen didagangkan stabil selepas turut mendapat sokongan sebagai safe-haven susulan risiko yang tercetus daripada kelemahan data ekonomi China.

Bertindak balas kepada kelemahan semasa yen, diplomat mata wang utama negara itu mengatakan Jepun akan memantau dengan teliti pergerakan pasaran dan bakal melakukan tindak balas sesuai seperti yang diperlukan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat