Takut Dengan Inflasi, Harga Emas Mencanak!

1,314

Logam kuning emas melambung ke paras tertinggi lima bulan setelah dikejutkan dengan lonjakan inflasi Amerika Syarikat yang ketara pada bulan Oktober.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS melonjak ke tahap paling tinggi sejak tahun 1990 dengan kenaikan 6.2% pada bulan lalu, yang didorong oleh peningkatan dalam harga bahan bakar dan makanan.

Emas yang biasanya dianggap sebagai lindung nilai kepada kenaikan inflasi, terus menokok tinggi sehingga menyentuh paras harga $1,868 per auns selepas data itu dikeluarkan pada sesi New York.

Bagaimanapun, pada sesi Asia, logam berharga itu sedikit susut dengan diniagakan di sekitar harga $1,844 per auns. Niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,847 per auns.

Pada masa yang sama, raja matawang US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga menunjukkan peningkatan susulan data tersebut yang mungkin didorong oleh jangkaan dasar lebih ketat oleh Federal Reserve (Fed).

Lonjakan US dolar ke paras ketinggian satu tahun menyebabkan pergerakan harga emas sedikit terbatas untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Sebelum ini, Pengerusi Jerome Powell menegaskan pandangannya bahawa tekanan harga semasa adalah sementara dan mempunyai kaitan dengan pemulihan daripada pandemik Covid-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat