Takziah, Google Berdepan Tuntutan Saman Lebih 21 Juta Orang!

700

‘Kalau sorang dua ke boleh lah nak go tapi ni 21 juta orang matt!’

Dominasi Google milik Alphabet Inc membawa bukan satu, tetapi 21 juta tuntutan saman pelanggan terhadapnya.

Saman tersebut difailkan atas dakwaan bahawa kedai aplikasi (app store) Google mengutip yuran terlalu tinggi, dan hakim persekutuan memutuskan status tindakan kelas* atas penyalahgunaan kuasa penjualan dan pengedaran aplikasi Android.

*Status tindakan kelas (class-action lawsuit) adalah saman sivil yang mewakili sejumlah kumpulan individu atau entiti perniagaan yang berkongsi kerugian sama atas tindakan defenden di mahkamah.

Ulas penganalisis Bloomberg Intelligence, Jennifer Rie bahawa Google perlu menggunakan kesemua hasil yang dijana untuk membayar saman tersebut.

Pihak Google setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai saman tindakan kelas tersebut.

Sebelum ini beberapa pemaju aplikasi dan permainan termasuk Epic Games Inc serta Match Group Inc, pelanggan Google, telah membangkitkan isu antitrust kepada peguam negara Amerika Syarikat (AS).

Para pengguna mendakwa Google menaikkan harga aplikasi Andriod dengan potongan jualan sebanyak 30% di Google Play, berselindung di sebalik ‘tawaran diskaun dengan banyak subsidi dalam bentuk ganjaran’.

Ia kemudiannya telah membawa kepada saman pertama pada Julai 2021 oleh peguam negara, Karma Giulianelli dan saman tersebut dikatakan melindungi hampir 70 juta pengguna di beberapa negeri dalam AS.

Dalam pada itu, peguam Google sendiri iaitu Justin Raphael membantah saman tindakan kelas tersebut dengan mengatakan terdapat cara transaksi berbeza dalam kumpulan pelanggannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat